Fact Of Life :

If everyone is happy with you,
then surely you have made many compromises in your life.

If your are happy with everyone,
surely you have ignored many faults of others.




Saturday, February 22, 2014

Pesan Memesan & Petua Kehidupan Harian

Assalamualaikum....

Okeh cam canggih jee tajuk post kali nih...hahaha..saje nak share ngan semue ape yang kite same2 tahu tentang petua-petua kehidupan...

Orang kata kalau.....

1. Buka tingkap / jendela di subuh hari, mudah rezeki masuk, tutup tingkap sebelum magharib untuk elak syaitan masuk dalam rumah kita

2. Untuk elak rambut beruban,sapu kan tangan yang masih basah dengan air basuhan selepas makan tu di kepala..tapi kalau dah jenis yang berpenyakit beruban tu xdapat la nak tolong..hehe

3. Tutup kepala semasa membuang air kecil & besar, syaitan berak atas kepala tu!! jaga-jaga ;p

4. Kalau cirit birit elok minum air rendaman teh pekat tanpa gula..esok kalau sembelit tu jangan marah ;p

5. kalau xnak ketiak bau semacam je, semasa mandi korang boleh gosokan ketiak korang dengan gunakan belakang tapak tangan korang.. *bawang putih boleh buat ketiak busuk! beware

6. Mengelak perut buncit Sekiranya anda makan nasi, jangan disulami dengan air. Minum air setelah selesai makan Sebaik-baiknya minum 1/2 jam - 3 jam kemudiannya.

7. Untuk elakkan mulut berbau, jangan minum atau makan makanan ketika panas..jangan gelojoh sebenarnya! inagt tu..

8. Bagi ibu-ibu yang sedang mengandung, makan pulut banyak-banyak (pulut dari Thailand) supaya kulit anak yang lahir nanti putih, gebu, comey & lembut.. sebab tu orang kulit orang Thailand cantik-cantik!

9. Untuk elak panau di muka, jangan mandi atau basuh muka ketika panas.. panau sangat menyeksakan jiwa! arrggghhhh!! xtipu okeyy

10. Untuk bagi daging cepat lembut ketika masak contoh kari daging ker gulai daging ker, masukan dan rendam sudu atau garfu besi ke dalam masakan tu..tp AWAS! jangan hidang kan sekali sudu tu masa nak makan! hahaha

11. Kalau nak tahu sama ada jam tangan tu ori atau palsu, rasa pada permukaan cermin nya.. kalau melengkung itu TIDAK ori..

12. Kencing berdiri boleh menyebab kan kurang daya ingatan..sukar untuk menghafal sesuatu. Lelaki! Awas!

13. Sakit leher lepas bangung tidor, Ambilkan bantal yang digunakan sewaktu tidur.Hempuk belakang leher

14. Mandi sebelum waktu Subuh boleh menguruskan badan. Dengan kedinginan waktu pagi sebelum subuh akan membakar lemak badan. Jangan mandi tengah malam. Peparu berairlah plak nanti.

15. Kalau nak bersedekah / menderma, elok lah dilakukan waktu selepas subuh (pagi), in shaa Allah murah rezeki.Yang penting ikhlas!

16. Makan jangan beralih tempat nanti kawin ramai!! hahahaha perlu ambik perhatian!

17. Ketika makan, elakkan menrenjis / menghetak nasi dari jari kerana itu tanda menolak rezeki

18. Untuk mendapat Khusyuk dalam solat, sebaik-baik nya dimulakan dengan Surah An-Nas

19. Sebelum keluar rumah atau meninggal kan rumah dengan jarak masa yang agak lama, elok lah membaca Surah Yasin Ayat 9 : Waja'alnaa min bayni aydiihim saddan wamin khalfihim saddan fa-aghsyaynaahum fahum laa yubshiruun  untuk keselamatan rumah yang ditinggal kan.

20. Jangan duduk atas bantal nanti dipercayai boleh naik Bisul! oohh tidak bisul itu sakitt..hehe 

No comments:

Post a Comment

thhnxxx coz sudi bace n melawat blog saye :)
lau nk komen..sila laa~