Fact Of Life :

If everyone is happy with you,
then surely you have made many compromises in your life.

If your are happy with everyone,
surely you have ignored many faults of others.




Monday, July 15, 2013

RoTi JaLa Gedik StyLe :p

Ramadhan ke-5


Bahan-Bahan Roti Jala (7-10 orang makan) :-

  •  450gm Tepung Gandum
  •  450ml Susu Segar
  •  450ml Air Mineral
  • 3 Biji Telur
  • 1 sudu kecil Garam
  • 1 sudu kecil serbuk Kunyit
  • 2 sudu besar Mentega/Planta
  • Lidi
Cara-cara Membuat Roti Jala :- 
  • Ayak tepung gandum bersama garam dan serbuk kunyit
  • Cair kan mentega/planta dalam kuali yg panas
  • Buat satu lubang besar pd tepung gandum
  • Masuk kan telur yg telah dipukul, susu segar, 1/2 dari mentega, 1/2 dari air mineral di tengah ruang campuran tepung gandum bersama garam dan serbuk kunyit td
  • Sebati kan adunan td supaya tidak berketul-ketul
  • Masuk kan 1/2 dari mentega dan air mineral 
  • Jika warna acuan tidak begitu kuning boleh tambah kan serbuk kunyit
  • Jika adunan pekat boleh tambah kan air mineral supaya senang untuk dibancuh nanti
  • Panas kan kuali..guna kuali non-stick yang leper



  • Masuk kan sesenduk adunan ke dalam acuan berlubang tiga (seperti rajah diatas) hehehe..cam paper final exam plak ase :p
  • Cuba jala di dalam kuali..jangan angkat tinggi-tinggi acuan tiga mata tu nanti acuan akan menjadi bintik-bintik bukan menjala panjang..
  • Di sini lah fungsi LIDI...cucuk pada lubang jika adunan tersekat-sekat
  • Buat bentuk sesuka hati anda..balik kan..xperlu masak lama pun..
  • Angkat..letak dalam piring dan lipat mengkut bentuk yang anda suka :) 
  • SeLaMaT MenCuBa!!!!

No comments:

Post a Comment

thhnxxx coz sudi bace n melawat blog saye :)
lau nk komen..sila laa~